Sejarah Mesin layan diri

Rujukan terawal yang diketahui mengenai konsep mesin layan diri terdapat dalam tulisan Heron dari Alexandria, seorang jurutera dan ahli matematik Mesir Rom pada abad pertama. Mesin ilhamnya menggunakan duit syiling untuk memperoleh air suci untuk upacara keagamaan.[1] Duit yang dimasukkan jatuh ke dalam dulang yang disambungkan pada suatu tuil. Tuil ini membuka injap yang mengalirkan keluar air. Dulang ini terus mencondong mengikut berat duit syiling sampai duit tersebut jatuh, di mana berat pengimbang menaikkan tuil kembali lalu menutup injap air.

Mesin loyang mudah alih menjual tembakau yang dioperasikan duit syiling yang dikendalikan mesin yang diberikan tembakau sedang dikendalikan seawal tahun 1615 di bar-bar sekitar England.[2] Pada tahun 1822, seorang penjual buku Inggeris bernama Richard Carlile mennciptakan sebuah mesin mengeluarkan akhbar untuk tujuan penyebaran karya-karya yang diharamkan. Simeon Denham telah dianugerahkan Paten Britain no. 706 untuk mesin penjual setemnya pada 1867, iaitu mesin layan diri automatik sepenuhnya yang pertama.[3]

Mesin layan diri moden pertama yang dioperasikan duit syiling telah diperkenalkan di London, England pada awal tahun 1880-an untuk tujuan mengedarkan poskad. Mesin ini dicipta oleh Percival Everitt pada 1883 dan segera menjadi meluas di banyak stesen kereta api dan pejabat pos menjual sampul surat, poskad, dan kertas nota. Syarikat Sweetmeat Automatic Delivery Company didirikan pada tahun 1887 di England sebagai syarikat pertama yang berurusan terutamanya dengan pemasangan dan penyelenggaraan mesin layan diri. Pada tahun 1893, sebuah pengilang coklat JermanĀ  bernama Stollwerck telah menjual coklat melalui 15,000 mesin layan diri miliknya. Pengilang ini turut menubuhkan syarikat berasingan di banyak wilayah untuk menghasilkan mesin layan diri bukan sahaja coklat tetapi juga rokok, mancis, gula-gula getah dan sabun.[4]